Kesan penggunaan Pengangkutan_rel

Penggunaan tenaga

Rangkaian pengangkutan rel adalah cekap tenaga, tetapi memerlukan modal yang besar dalam kalangan sistem pengangkutan darat. Landasan memberikan permukaan yang keras dan licin bagi roda kereta api untuk membolehkan kereta api bergerak dengan geseran yang rendah. Berdasarkan segi nisbah kuasa kuda per jisim dalam pengangkutan kargo, sistem pengangkutan rel serta perpaipan memerlukan 2.5 kuasa kuda per tan pendek (2.1 kW/t), lebih rendah berbanding lori (10 kuasa kuda per tan pendek, 8.2 kW/t); pengangkutan rel menjadi lebih berkesan daripada segi ekonomi dalam kelajuan operasi yang tinggi. Berdasarkan sebuah kajian, kereta api elektrik adalah kira-kira 20 kali lebih cekap berbanding penggunaan automobil dalam pengangkutan penumpang.[8] Kajian berkenaan Metro Beijing pada 2018 menunjukkan bahawa rangkaian itu mengurangkan kesan pencemaran zarahan udara secara ketara, tetapi tidak begitu memberi kesan terhadap pencemaran ozon.[9]

Kesan sosial dan ekonomi

Pengangkutan rel dikatakan sebagai asas kepada pemodenan dan kemajuan.[10] Perkembangan pengangkutan rel pada abad ke-19 melibatkan perubahan budaya masyarakat menjadi masyarakat yang berteraskan pengurusan masa seperti pengaplikasian jadual waktu dalam rangkaian pengangkutan rel; dunia moden dikatakan berasaskan jam dan jadual waktu.[11]